• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baitulmaqdis: Najib Ketuai Delegasi Negara Ke OIC

oleh AK-47
13/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Istanbul, Turki pada 13 Disember ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, perdana menteri akan diiringi oleh isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar ,Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kanan kerajaan.

Sidang Kemuncak Luar Biasa itu diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam kapasitinya selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke-13, berikutan pengumuman Amerika Syarikat (AS) pada 6 Disember 2017 , yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, katanya.

Sidang Kemuncak itu didahului Mesyuarat Pegawai Kanan pada 12 Disember ini dan diikuti Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar pada keesokan harinya.

Persidangan itu juga akan mengkaji semula perkembangan dan membincangkan kesan berikutan pengumumam pentadbiran AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Penglibatan Malaysia di dalam sidang kemuncak itu mengukuhkan lagi komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mendapatkan hak mereka untuk sebuah negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.- BERNAMA

Tags: BaitulmaqdisDatuk Seri Najib Tun RazakOIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Rahimi Abdul Samad menyifatkan pencapaian yang dicanangkan kerajaan semasa ibarat peribahasa...

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Gambar lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sisi kenderaan rasmi Proton Perdana ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd