• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Mahathir, Isteri Sah Pulangkan Darjah Kebesaran

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANA Selangor mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memulangkan darjah kebesaran yang dikurniakan Sultan Selangor sebelum ini pada Khamis lalu.

Turut berbuat demikian ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan kembali darjah dan bintang kebesaran Selangor daripada bekas Perdana Menteri itu dan Dr Siti Hasmah tanpa halangan.

“Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah dan bintang kebesaran Selangor itu akan dilakukan mengikut prosedur serta proses yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan Dr Mahathir sudah memulangkan dua darjah kebesaran yang diterima beliau pada Khamis lalu dan diserahkan kepada pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Dalam pada itu jurucakap Dr Mahathir berkata, darjah kebesaran yang dipulangkan ialah Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua), membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Jurucakap itu turut mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama dengan memulangkan darjah kebesaran yang diterima beliau.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin memandang serius dan kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Sultan Sharafuddin selepas berbincang dengan ahli Dewan, menganggap ucapan itu sangat keterlaluan sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara. – myMetro Online

Tags: Sultan SelangorTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd