• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Bedil Semenanjung Gaza

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Tentera Israel membedil Semenanjung Gaza menggunakan kereta perisai dan pesawat.

Serangan itu dikatakan susulan tembakan roket yang dilancarkan ke arah mereka di selatan negara itu oleh Palestin, pada Isnin.

Sekurang-kurangnya dua roket ditembak dari Semenanjung Gaza, dengan satu daripadanya dapat dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Dome milik tentera Israel.

Menurut satu kenyataan dari tentera rejim Zionis, serangan menggunakan sebuah kereta perisai dan pasukan tentera udara Israel telah disasarkan kepada lokasi tentera Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

Tiada sebarang maklumat diterima mengenai jumlah kematian atau kecederaan di lokasi serangan setakat ini.

Jurucakap tentera Zionis, Jonathan Conricus berkata, kereta perisai Israel membedil lokasi tentera Hamas di Gaza selepas memintas roket kedua yang dilancarkan pergerakan itu.

Penduduk Gaza berkata, serangan itu berlaku di bahagian utara penempatan rakyat Palestin.

Ia adalah tembakan roket pertama dilancarkan sejak petang Jumaat lalu yang mencetuskan serangan berterusan Israel selama dua malam berturut-turut, mengakibatkan dua anggota pergerakan Hamas terbunuh. – AFP/BH ONLINE

Tags: GazaIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd