• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 41 Sekolah Tunda Sesi Persekolahan Seminggu

oleh Ahmad Albab
10/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan 2015 bagi empat sekolah di Kelantan, Pahang (18) dan Perak (19) ditunda selama seminggu lagi kerana masih terlibat dengan banjir.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, sebahagian sekolah terbabit masih dinaiki atau ditenggelami air dan ada digunakan sebagai pusat pemindahan sementara.

“Ada juga sekolah itu mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid.

“Tarikh baru permulaan sesi persekolahan di Kelantan pada 18 Januari 2015, manakala bagi sekolah-sekolah terlibat di Perak dan Pahang, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 19 Januari 2015,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khair Mohamad berkata, penundaan tarikh itu akan melibatkan sebanyak lima hari persekolahan pada 11 hingga 15 Januari 2015 bagi Kelantan dan pada 12 hingga 16 Januari 2015 bagi Perak dan Pahang.

Jelas beliau, jumlah lima hari tersebut adalah merupakan jumlah hari persekolahan yang perlu diganti oleh sekolah berkenaan.

“Ia juga adalah selaras dengan pemakluman pada 8 Januari 2015 bahawa sekolah-sekolah tersebut masih memerlukan masa untuk pembersihan dan pemulihan serta setelah mengambil kira faktor kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa banjir yang masih berada di sekolah terbabit,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: mangsa banjirSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd