• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SkyWorld Kumpul RM50j Menerusi Traksaksi Sukuk

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah SkyWorld Development Group mengumpul sebanyak RM50 juta menerusi pelaksanaan Tranche 1 Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) Sukuk Musharakah pada 8 Disember lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, berkata pelaksanaan program kewangan pertama syarikat itu yang bernilai RM1.0 bilion adalah merangkumi Program IMTN Sukuk Mushakarah sebanyak RM600 juta dan Program ICP Sukuk Murabahah RM400 juta menerusi syarikat bertujuan khas, SkyWorld Capital Bhd.

Di bawah program itu, SkyWorld akan menjual kepentingan manfaatnya dalam projek pembangunan berkaitan dan keutamaan kemajuan projek masa depan akan digunakan bagi membiayai baki kos pembinaan, fi terbitan, perbelanjaan serta obligasi di bawah setiap kemudahan itu.

Pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulan SkyWorld, Datuk Ng Thien Phing berkata ini merupakan pengsekuritian bil kemajuan patuh Syariah pertama di pasaran yang membolehkan SkyWorld mengurus aliran tunai projek pembangunan secara lebih cekap.

“Kita berada di landasan tepat untuk mentransformasi bandar dan meraih potensi nilai tanah menerusi simpanan tanah berkualiti melebihi 52.6 hektar dengan nilai pembangunan kasar bernilai lebih RM13 bilion,” katanya.

Program Tranche 1 IMTN RM50 juta itu diperoleh menerusi 1,260 perjanjian jual beli bagi projek SkyAwani Residence di Sentul, Kuala Lumpur manakala Tranche 1 ICP sehingga RM41 juta bertujuan menaja jamin pembinaan pembangunan SkyAwani.

Risiko mudah tunai Tranche 1 adalah dijamin oleh Danajamin Nasional Berhad serta ditaja jamin sepenuhnya oleh Alliance Investment Bank Bhd. – BERNAMA

Tags: Skyworld
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Danajamin Sediakan Jaminan Sukuk RM600j Skyworld

08/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Syarikat penginsurans jaminan kewangan, Danajamin Nasional Bhd, menjamin kemudahan peningkatan kredit untuk Tranche 1 program Nota Jangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd