• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem JIBAM Kurang Sambutan?

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Legenda dunia kartunis tanah air, Ujang pernah mengharapkan filem JIBAM yang bakal ditayangkan di pawagam mendapat sambutan hebat seperti filem Tombiruo.

Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon berharap filem yang diadaptasi daripada novel beliau yang pernah popular sekitar tahun 80an dan 90an itu mampu mencatat kutipan memberangsangkan.

Malangnya, filem berkenaan meskipun mendapat pujian ramai pemerhati filem, namun gagal mendapat sambutan orang ramai khususnya penonton filem Melayu.

Ujang dalam catatan di Facebooknya hari ini memberitahu tayangan wajib filem JIBAM akan ditamatkan oleh pihak pawagam dalam tempoh dua hari lagi walaupun ia baru bermula pada 7 Disember lalu.

“Dua hari lagi filem JIBAM akan di hentikan tayangan dari pawagam seluruh Malaysia.Kerajaan ‘zimbabwe’ tak dapat nak tolong. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tak dapat nak tolong.

“Kami hanya memohon bantuan Allah agar mesej-mesej Jibam ini dapat di sampaikan pada khalayak ramai,” katanya.

Novel JIBAM bukan karya asing buat rakyat Malaysia yang membesar sekitar tahun 1980-an dan 1990-an iaitu pada waktu buku merupakan bahan bacaan utama masyarakat negara ini.

Naskhah tentang kisah kanak-kanak autisme atau nama panggilannya Jibam mencungkil kehidupan dan keistimewaan termasuk keupayaannya untuk menyembuhkan penyakit di sebalik pandangan sepi masyarakat ke atasnya.

“Sepanjang roadtour….paling menyodihkan di seremban 2….hanyo ado 13 orang penonton.yang 3 orang tu termasuk den,” kata Ujang lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FILEMJibam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd