• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dekan FiTA Perjelas Isu ‘Paksa’ Tonton Badang

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR beberapa hari kebelakangan ini mengenai seorang pelajar sebuah universiti awam mendakwa ‘dipaksa’ fakulti untuk menonton filem Badang yang dilakonkan oleh Datuk Seri Aliff Syukri dengan harga tiket RM15.

Baca: Keluhan Siswa Filem Tentang Sikap Fakulti Jadi Tular

Namun, pengarah filem terkenal tanah air yang juga Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen menafikan kenyataan tersebut.

Menurutnya, pihak fakulti tidak pernah mengeluarkan arahan yang mewajibkan pelajar-pelajar kursus itu untuk membeli tiket filem tersebut.

“Tiada arahan wajib yang dikeluarkan oleh Pejabat Dekan FiTA untuk membeli sebarang tiket aktiviti semasa penganjuran Minggu KaryaOne yang akan diadakan.

“Penjualan tiket yang berlaku adalah lebih kepada keperluan kursus-kursus filem dan pengedaran dan pemameran filem yang menjadikan penglibatan dan sebahagian penilaian pelajar-pelajar tersebut,” katanya dipetik mStar Online.

Akui Razak, memang ada aktiviti penjualan tiket yang dijalankan, namun, hanya tiga daripada 16 aktiviti yang dirancang menuntut pelajar membeli tiket.

Tambahnya, penjualan tiket tersebut sebagai membantu menampung kos penganjuran Minggu KaryaOne yang telah dirancang enam tahun yang lalu.

“Mungkin berlaku salah faham dalam kalangan pelajar dan pensyarah yang mengendalikan aktiviti tersebut.

“Namun fakulti menggalakkan pelajar-pelajar mengambil kursus lakonan, filem, pengurusan acara kreatif dan animasi imejan komputer yang dihasilkan (CGI) untuk membeli tiket aktiviti tersebut,” jelasnya.

Filem Badang diarahkan oleh Razak dan menampilkan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi dan pendatang baharu, Fareez Fauzi. – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video sekadar hiasan.

Tags: Dekan Fakulti Filemfilem BadangMinggu KaryaOneProfesor Datuk Dr A. Razak MohaideenTeater dan Animasi (FiTA)UiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd