• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pemancing Diselamatkan APMM Selepas Hanyut

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Empat pemancing yang hanyut di laut lebih 20 jam apabila enjin bot mereka rosak, diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhampiran Pulau Tiga pada Ahad.

Mereka yang dikenal pasti sebagai Ali@ Cherlie M Yussof, 62; Jamhari Bujang, 54; Wilfred Balang Singa, 38 and Amri Ahmad Astor, 33 meninggalkan Pohon Batu Labuan sekitar 4.10 petang pada Sabtu.

Bagaimanapun, bot mereka mengalami masalah teknikal sekitar 10.30 malam selepas dipukul ombak besar dalam keadaan hujan lebat menyebabkan mereka hanyut ke Pulau Tiga.

Selepas gagal membaiki enjin bot, mereka menghubungi keluarga masing-masing yang kemudian memaklumkan kepada APMM pada 10 pagi Ahad.

Timbalan Pengarah APMM Labuan, Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata usaha mencari dan menyelamat bermula pada tengah hari Ahad selepas mereka menerima laporan daripada anggota keluarga pemancing terbabit.

Beliau berkata APMM berjaya mengesan lelaki terbabit enam jam kemudian.

Sementara itu, sebaik tiba di Jeti Maritim Labuan pada 12.10 tengah malam tadi, Jamhari digegaskan ke Labuan Nucleus Hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi.

Ali yang bercakap bagi pihak pemancing terbabit berkata sebelum belayar mereka telah memeriksa enjin bot itu yang didapati dalam keadaan baik.

“Kejadian ini di luar jangka dan kami bersyukur serta berterima kasih kepada agensi (APMM),” katanya. – BERNAMA

Tags: botPemancing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

22/12/2024
0

Semporna : Tiga pemancing berdepan detik cemas apabila dirompak empat lelaki berpakaian celoreng tentera di kawasan perairan antara Pulau Boheyan...

Maritim Selamatkan Lima Pemancing Terkandas

Maritim Selamatkan Lima Pemancing Terkandas

18/08/2022
0

KUALA SELANGOR: Lima pemancing tempatan menempuh detik getir apabila terkandas di Pulau Batu Berantai akibat cuaca buruk kira-kira 1.4 batu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd