• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Terjejas Banjir Dibenar Ambil Cuti

oleh Ahmad Albab
10/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Penjawat awam yang tidak dapat memulakan tugas apabila turut terperangkap di kawasan dilanda banjir baru-baru ini diberi kelonggaran untuk mengambil cuti bencana.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata pihaknya sedang mengemas kini bilangan sebenar penjawat awam yang menghadapi masalah itu.

“Kita maklum ada ramai penjawat awam yang pulang ke kampung untuk bercuti dan tidak boleh kembali bertugas mengikut jadual kerana laluan ditenggelami air, malah ada yang turut menjadi mangsa banjir.

“Mereka perlu memaklumkan keadaan itu kepada ketua jabatan dan perlu bertugas seperti biasa apabila keadaan mengizinkan, manakala bagi penjawat awam yang menyertai misi bantuan kemanusiaan pasca banjir, JPA memberikan mereka cuti khas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan dan cek faedah terbitan kepada keluarga Allahyarham Mohmad Yusof Awang Noh di Kampung Durian Mentangau di sini, Jumaat.

Di majlis itu, Mohamad Zabidi turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan keperluan asas hasil sumbangan sukarelawan JPA4U kepada keluarga tersebut.

Allahyarham Mohmad Yusof yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau meninggal dunia pada 1 Jan lalu ketika sedang membersihkan sekolah yang terjejas banjir akhir tahun lalu.

Dalam rangka lawatan kerjanya ke Terengganu hari ini, Mohamad Zabidi turut menziarahi dua keluarga penjawat awam yang terkorban ketika bencana banjir baru-baru ini iaitu Allahyarhamah Norhayati Sulong di Taman Geliga Intan dan Allahyarham Mat Zaik Mohd Yusof di Felda Seberang Tayor, Kemaman.

JPA melalui Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT) turut menyediakan pegawai psikologi untuk memberi khidmat kaunseling di kalangan mangsa, keluarga dan petugas yang menghadapi bencana banjir, katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd