• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Kira Aktiviti Sukan Pemohon Universiti Awam

oleh Ahmad Albab
10/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta mengambil kira penglibatan pelajar dalam bidang sukan dan ko-kurikulum sebagai antara kelayakan untuk memasuki Universiti Awam (UA) di negara ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan berkata walaupun kelayakan akademik itu penting, namun jangan hanya difokus kepada kelayakan itu sahaja kerana bidang sukan turut menjanjikan pendapatan yang baik.

Kementerian Pendidikan Tinggi harus melihat pemilihan di luar skop akademik dan kebolehan tambahan khususnya dalam bidang ko-kurikulum perlu diambil kira, katanya.

“Warga universiti harus memilih bidang sukan sebagai salah satu aktiviti kerana sukan bukan sahaja sekadar bersukan, tetapi lebih kepada budaya untuk memperkasakan ekonomi terutama kepada belia.

Sebagai contoh kita lihat baru-baru ini atlet kita yang berjaya mengharumkan nama negara di arena antarabangsa, Sukan SEA, peringkat kebangsaan dan sebagainya telah dibekalkan dengan bantuan kewangan yang begitu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pertandingan Piala Debat Tamil Kebangsaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselornya Prof Madya Dr Che Mohd Ruizaidi Ghazali.

Saravanan berkata, kejayaan beberapa atlet kurang upaya (OKU) di temasya sukan antarabangsa baru-baru ini juga perlu dijadikan kayu ukur bahawa bidang sukan mampu menawarkan ganjaran lumayan.

Sementara itu pada pertandingan itu wakil UMT membolot tiga hadiah utama iaitu tempat pertama, kedua yang masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 manakala tempat ketiga dimenangi wakil dari Universiti Utara Malaysia (RM1,000) dan Tisha Abrami dari UMT muncul sebagai pendebat terbaik pada pertandingan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk M. SaravananKPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd