• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Ada Gangguan Tangan Ghaib’

oleh Ahmad Albab
10/12/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berharap tidak ada ‘tangan ghaib’ mengganggu tugas Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya demi mengembalikan martabat bola sepak negara.

Sambil menyambut baik kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi jaminan akan memberi kebebasan penuh kepada Cheng Hoe, Azraai berkata ia memang sesuatu yang wajar.

“Ia kenyataan yang positif daripada Tunku Presiden serta sebaik-baik jaminan kerana memang sewajarnya Cheng Hoe diberi kebebasan membentuk pasukan mengikut acuannya.

“Malah, inilah (kebebasan) yang sangat diperlukan oleh setiap jurulatih apabila dilantik ke jawatan berkenaan. Keyakinan serta kepercayaan penuh perlu diletak di bahunya.

“Ini kerana, pada akhirnya, apa pun hasil yang dicapai kelak, sama ada berjaya atau gagal, orang yang bertanggungjawab adalah jurulatih.

“Adalah tidak adil seseorang jurulatih yang menerima hukuman bila pasukan gagal sedangkan dia tidak diberi kebebasan mencorakkan pasukan seperti diinginkan.

“Saya berharap, dengan kenyataan Tunku Presiden itu, tidak akan ada ‘tangan ghaib’ yang mengganggu kerja Cheng Hoe. Kalau tidak, lantik sesiapapun, nasib bola sepak kita tidak akan berubah,” kata Azraai.

Mengenai pemilihan pemain yang bakal membarisi skuad kebangsaan kelak, Azraai menganggap Cheng Hoe sudah cukup matang untuk membuat penilaian.

“Beliau sudah lama terbabit dengan bola sepak Malaysia, pernah menjadi penolong kepada (Datuk) K Rajagobal dan (Nelo) Vingada untuk skuad kebangsaan, juga sebagai jurulatih Kedah, beliau kenal sangat dengan pemain kita.

“Saya yakin, beliau tahu untuk menilai antara kaca dengan permata. Jadi, tidak wajar untuk saya memberitahu beliau siapa yang perlu diambil dan siapa pula perlu dibuang.

“Soal pemain baru atau lama tidak jadi isu kerana yang penting apakah pemain itu relevan atau tidak dengan perancangan beliau.

“Cuma, jika benar ada pemain yang besar kepala dalam skuad kebangsaan sekarang seperti didakwa oleh Tunku Ismail, inilah pemain yang perlu diketepikan lebih awal oleh Cheng Hoe kerana ia boleh menjadi virus kepada pasukan.

“Pilihlah pemain yang benar-benar bersemangat untuk mewakili negara walaupun dia mungkin bukan seorang bintang kerana status seseorang pemain bukan jaminan untuk kejayaan.

“Saya yakin dengan pengalaman dimiliki Cheng Hoe, beliau adalah pilihan yang tepat. Kita sudah mencuba dengan jurulatih luar (Vingada) tapi gagal, apa salahnya beri peluang kepada orang tempatan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Azraai Khor AbdullahHarimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd