• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sertai Pertandingan Golf Piala Zahid Hamidi

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menyertai Pertandingan Golf Piala Ahmad Zahid Hamidi 2017 di The Mines Resort & Golf Club hari ini.

Perdana Menteri yang diiringi Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan tee-off pada 8 pagi, sekali gus memulakan pertandingan yang turut disertai 129 peserta terdiri daripada barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan pimpinan seluruh negara.

Antara yang menyertai pertandingan pada sesi pagi, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur pertandingan Datuk Seri Azri Mohammad Zain ketika ditemui berkata seramai 306 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung dua hari bermula semalam.

Azri berkata penganjuran tahun ini adalah kali kelima sejak ia diperkenalkan pada 2013, dan pertama kali diadakan di The Mines Resort & Golf Club.

Katanya, penganjuran program berkenaan kali ini dilaksanakan dua hari berikutan sambutan yang amat menggalakkan.

“Tujuan kami mengadakan pertandingan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara sahabat di seluruh negara.

“Datuk Seri Ahmad Zahid melahirkan rasa gembira dan berpuas hati kerana Perdana Menteri sudi menyertai kejohanan kali ini,” katanya.

Menurut Azri, kejohanan kali ini menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kereta Proton Perdana 2.0 untuk juara, Perodua Bezza (naib juara), Motosikal SYM (tempat ketiga) dan Motosikal Modenas (tempat keempat).

“Kami menawarkan hadiah hingga tempat ke-60 manakala bagi mereka yang berada di kedudukan ke-61 ke atas akan ada cabutan bertuah pada majlis makan malam nanti. Yang pasti, semua orang akan pulang dengan hadiah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakgolf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd