• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Fokus Struktur Pembangunan Bola Sepak Remaja

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu persatuan bola sepak negeri dan kelab lebih komited dan berdedikasi untuk bekerjasama rapat dengan badan induk bola sepak negara itu dalam meningkatkan struktur pembangunan bola sepak remaja di negara ini.

Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa anggota gabungan untuk menganjurkan kejohanan peringkat umur dan liga peringkat negeri serta membangunkan infrastruktur bola sepak masing-masing, dengan peruntukan lebih tinggi akan diberikan FAM menerusi hak penyiaran.

Tunku Ismail menegaskan, di bawah struktur pada masa ini, tidak ada pautan antara kejohanan peringkat tertinggi selepas pertandingan tahap tiga, Liga FAM dengan kejohanan di peringkat akar umbi.

“Kita sudah mengkaji modul La Liga, Liga Itali dan sebagainya, termasuk Thailand. Mereka mempunyai pembangunan bola sepak remaja di setiap daerah, sekolah dan pasukan bagi menggalakkan lebih banyak pasukan komuniti dan ahli perniagaan memiliki kelab kerana pada akhirnya, masa depan bola sepak Malaysia akan sentiasa bergantung kepada pembangunan di peringkat kejohanan remaja.

“Kesemua kejohanan di negeri dan daerah perlu seiring dan mempunyai pasukan terbaik untuk layak beraksi dalam Divisyen 4 dan 5 yang bakal diperkenalkan bermula tahun depan. Kita (FAM) perlu mencurahkan banyak tenaga dan dedikasi untuk mendapatkan pasukan dan kelab bersama-sama dengan dasar dan falsafah kita,” katanya selepas mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Kejohanan Divisyen 5 akan bermula pada 2018, bagi mengenal pasti pasukan untuk Divisyen 4 yang akan diperkenalkan pada 2019, melibatkan 24 pasukan dalan setiap liga.

Tunku Mahkota Johor itu berkata FAM akan bekerjasama rapat dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) untuk memanfaatkan dengan sebaiknya dana tersebut.

“Kita merasakan dengan dana yang PPBN ada, mereka harus memainkan peranan lebih besar dalam memberi fokus kepada beribu-ribu kanak-kanak dan bukan kepada 40 sahaja. Tetapi ia sesuatu kita sedang bekerjasama dengan mereka untuk memperbaiki struktur pembangunan bola sepak remaja dan menganjurkan lebih banyak kejohanan pembangunan di sekolah,” katanya.

Tunku Ismail juga mahu anggota gabungan untuk mendapatkan lesen kelab secara serius, terutama dalam pengauditan kewangan kerana ia mungkin menjejaskan hubungan dengan penaja yang ingin tahu wang tersebut dibelanjakan.

Terdahulu, FAM menandatangani penajaan dengan Yakult (M) Sdn Bhd berjumlah RM3.9 juta selama tempoh tiga tahun bermula Januari 2018. – BERNAMA

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd