• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baitulmaqdis: PM Dedah Cerita Dihubungi Erdogan

oleh
10/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Kelmarin masyarakat seluruh dunia gempar apabila media antarabangsa melaporkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia kerana pendirian tegas Malaysia dalam isu melibatkan kedaulatan Palestin susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel.

Berita unik berkenaan mencetuskan minat dalam kalangan penganalisis politik global kerana Erdogan tidak pula bercerita mengenai tokoh negara lain yang menyertai mesyuarat tergempar di Istanbul pada Rabu minggu depan.

Lazimnya apabila menyentuh isu Palestin, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menganjurkan mesyuarat luar biasa itu akan merujuk kalangan pemimpin ternama Arab dari rantau Asia Barat terutama Mesir dan Jordan.

Sebaliknya kali ini Erdogan selaku tuan rumah persidangan kecemasan itu merujuk Najib, dari sebuah negara Islam kecil di Asia Tenggara dan antara 23 buah negara anggota OIC yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

Persoalan cepumas, kenapa bukan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau jirannya Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang juga antara manusia terkaya di dunia; selain tokoh Islam negara hebat iaitu Arab Saudi atau Pakistan?

Malahan kenapa bukan Erdogan sendiri menjuarai isu Palestin tersebut? Misteri ini akhirnya dirungkai Najib ketika penggulungan Perhimpunan Agung UMNO sebagai presiden parti terbesar Melayu itu di ibu negara pada Sabtu.

Umum maklum, Turki, Mesir dan Jordan merupakan tiga negara Islam ada jalinan diplomatik dengan Israel dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk ekonomi dan ketenteraan sekali gus dasar luar mereka terikat kepada Tel Aviv.

Ini berbeza dengan Malaysia waima ada hubungan diplomatik dengan AS, namun dasar luarnya pragmatik tanpa diikat yang membolehkan Najib untuk bebas bersuara apatah lagi dalam isu membabitkan maruah umat Islam.

Baca: Pecah Rahsia! Turki Ada Jalinan Diplomatik Israel

Juga: Dana Israel RM1 Bilion – Kenapa DAP Takut Saman?

Najib pernah ziarahi Gaza dan menyampaikan bantuan kerajaan Malaysia untuk rakyat Palestin. – Gambar hiasan

“Saya nak beritahu Insya Allah saya akan hadir. Tiga hari lalu Erdogan telefon saya, dia minta saya hadir kerana suara Malaysia penting katanya. Kebetulan pada 13 dan 14 hari bulan ini saya memang ada perundingan tahunan.

“Ia dengan Perdana Menteri Singapura. Saya kemudian beritahu Lee Hsien Loong, tolong faham bahawa isu ini amat memberi kesan kepada iman saya sebagai Muslim dan juga iman seluruh umat Islam di seluruh dunia.

“Saya tidak reda (melihat) nasib umat Islam (di Palestin) tertekan dalam apa jua keadaan, takkanlah (biar) Tanah Suci yang ketiga martabatnya dalam (agama) Islam tergadai, dihina, ditekan oleh orang lain (pihak Israel).

“Saya hendak beritahu mereka (dalam persidangan OIC itu), bahawa UMNO dan umat Islam Malaysia akan tentang habis-habisan dan sampai bila-bila kita takkan terima. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!” tegas Najib.

Laungan takbir itu disusuli doa dipimpin Najib yang turut diaminkan ribuan perwakilan sekali gus menyerlahkan iltizam Barisan Nasional diterajui UMNO dalam usaha pertahan syiar ajaran Islam daripada musuh agama itu.

Untuk rekod, blok pembangkang Pakatan Harapan diterajui DAP pernah didakwa menerima dana rahsia lebih RM1 bilion daripada rejim Israel dalam misi khas menumbangkan UMNO pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Parti cauvinis itu setakat ini masih berdolak dalik apabila ditanya isu tersebut dan enggan menyaman pihak yang mendedahkan perkara rahsia berkenaan iaitu sekumpulan bekas pemimpin DAP Melayu di Pulau Pinang sendiri.

Malahan parti terbabit didakwa berhasrat mengubah dasar luar Malaysia seperti Singapura mengiktiraf Israel, sekali gus kedutaan negara haram Yahudi Zionis itu bakal dibuka di Kuala Lumpur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Isu BaitulmaqdisPerhimpunan Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd