• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Sekolah Jika Separuh Bilik Darjah Boleh Digunakan

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekolah yang terjejas banjir di Kelantan boleh dibuka untuk sesi persekolahan 2015 jika separuh daripada keseluruhan bilik darjahnya sudah sedia untuk digunakan, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

“Contohnya jika sekolah itu mempunyai 10 bilik darjah dan lima daripadanya sudah dibersihkan. Maka sesi persekolahan dianggap sudah boleh dimulakan Ahad ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan Banjir Kementerian Pendidikan di sini hari ini, Idris berkata sejumlah 79 peratus atau 130 dari 165 sekolah di Kelantan yang terjejas banjir sudah sedia untuk dibuka bagi sesi persekolahan 2015, Ahad ini.

Idris berkata, kesemua 30 sekolah di Pasir Mas dan kesemua 19 sekolah di Kota Bahru telah selesai dibersihkan dan sedia untuk dibuka.

Sementara di Tumpat, 26 daripada jumlah keseluruhan 27 sekolah yang terdapat di jajahan itu telah selesai dibersihkan, katanya.

Di Tanah Merah, 13 daripada 20 buah sekolah yang terdapat di jajahan itu sudah siap dibersihkan manakala di Gua Musang hanya lima daripada 11 sekolah telah dibersihkan, katanya.

Di Kuala Krai 33 daripada 51 buah sekolah sudah siap dibersihkan dan di Machang hanya empat daripada tujuh buah sekolah yang terdapat di jajahan itu telah dibersihkan, tambah Idris.

Katanya beliau akan turun padang meninjau sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung di Tumpat dan beberapa sekolah lain, Ahad ini.

Idris memaklumkan sukarelawan yang ada di Kelantan sedang bekerja keras untuk membolehkan sekolah-sekolah yang terjejas banjir dapat dibuka pada Ahad ini.

Beliau menambah perabot baharu akan dihantar secepat mungkin ke sekolah yang terjejas banjir manakala penghantaran buku akan mengambil masa sehingga tiga atau empat minggu kerana perlu mencetak semula.

Katanya Kementerian Pendidikan sehingga kini sudah membelanjakan RM17.2 juta untuk mobilisasi dan membeli peralatan kepada para sukarelawan yang turun padang menjalankan kerja-kerja pembersihan di negeri terjejas banjir.

Menyentuh mengenai perkembangan di Terengganu, Idris berkata kesemua sekolah yang terjejas banjir sedia untuk dibuka Ahad ini.

“Bagaimanapun, semua ini bergantung kepada perkembangan keadaan cuaca sehingga hari Ahad,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd