• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamawi Pula Sindir Fathia, Sheila Majid Isu Ekonomi

oleh
09/12/2017
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA nama pelakon, Fathia Latiff terus menjadi bualan hangat di bibir para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Terbaharu, Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dilihat turut memerli perangai pelakon wanita berkenaan, yang diketahui cenderung pembangkang; ketika membahaskan usul ekonomi.

Selain penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan, Jamawi turut menyindir ratu jazz terkenal, Datuk Sheila Majid ekoran isu memuat naik status mengenai ekonomi menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

Ketika berbahas di perhimpunan parti Melayu terbesar itu semalam, beliau telah mengkritik komen kedua-dua artis berkenaan menerusi media sosial kerana tidak memahami perbezaan antara kos sara hidup dan gaya hidup.

“Ada segelintir kita hanya pandai tweet dengan bercerita mengenai gaya hidup. Konsert yang tiketnya berharga RM888 bukan keperluan. Ini gaya hidup.

“Bermain telefon dengan aplikasi Bigo juga bukan keperluan sara hidup. Ianya gaya hidup. Selebriti ini namun menggunakan aplikasi untuk hentam pemimpin.

“Kerana salah faham mengenai perkara itu, mereka berdua ‘menyalahkan’ kerajaan kerana kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat,” katanya.

Jamawi seterusnya mencadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi mencari solusi dalam menangani keperluan rakyat.

“Ia penting untuk membanteras pihak yang cuba mensabotaj ekonomi dan pembangunan negara,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, Fathia teruk menerima kecaman apabila melontarkan kenyataan biadab yang mempersoalkan harga minyak dalam satu kenyataan melalui laman Twitter miliknya awal November lalu.

“Minyak naik lagi RM2.31 sen! Sapa (siapa) sakit hati? Ke tak rasa apa-apa sebab dah immune (biasa)?” tulisnya.

Dah habis part itu, timbul pula satu lagi isu di mana Sheila pula meluahkan rasa kecewa terhadap ekonomi negara.

“Makanan mahal, nilai ringgit rendah, kos sara hidup tinggi dan peluang pekerjaan terhad. Rakyat Malaysia sudah penat dan marah kerana dihimpit hutang piutang yang bukan kami wujudkan.

“Berhenti memberikan alasan dan mencari kesalahan. Fokus pada tugas untuk kembalikan negara ini ke landasan yang betul! Mengecewakan!!” luahnya dalam satu kicauan pada 4 Disember lalu.

Susulan perkara itu, kedua-dua selebriti ini teruk dikritik dan dikecam oleh segelintir pihak termasuk ahli politik. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: PAU 2017PAU2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tirai Sudah Labuh, Tapak Jualan Di PWTC Masih Meriah

10/12/2017
0

BERAKHIR... Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 melabuhkan tirainya dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC, di...

“Wujudkan Portal Dakwah Tangkis Fatwa Salah”

09/12/2017
0

"CARI sampai lubang cacing!"... Itulah antara ayat seorang wakil perwakilan ketika berbahas pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd