• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tirai Sudah Labuh, Tapak Jualan Di PWTC Masih Meriah

oleh
10/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERAKHIR… Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 melabuhkan tirainya dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC, di ibu negara, hari ini.

Meskipun tirai telah dilabuhkan, namun gerai jualan di PWTC dilihat masih meriah dikunjungi pengunjung yang mengambil peluang membeli pelbagai barangan dengan harga ‘runtuh’.

Dalam pada itu, peniaga-peniaga yang membuka gerai mereka dalam ekspo jualan sempena dengan PAU tahun ini mengakui berjaya meraih keuntungan lebih baik berbanding sebelumnya.

Menurut pengusaha dari Kuala Terengganu, Terengganu, Burhan Mikhail, kehadiran pengunjung pada himpunan politik parti terbesar Melayu itu tahun ini adalah memberangsangkan.

Beliau menambah lagi, keuntungan yang diperoleh daripada hasil jualan harian sepanjang berlangsungnya PAU ini juga adalah menggalakkan dan baik.

Pengusaha Dari Kuala Terengganu, Burhan Mikhail

“Alhamdulillah. Sepanjang berlangsungnya persidangan ini hasil jualan adalah baik dan okay,” katanya ketika ditemui MYNEWSHUB.

Sementara itu, apa yang lebih menarik pada perhimpunan kali ini adalah para peminat songket boleh membeli kain tenunan berkenaan dengan harga yang jauh lebih murah daripada di pasaran.

Menurut Syaidey Imran, 26, pada kebiasaan di pasaran songket berkenaan dijual dengan harga yang amat tinggi sehingga ada boleh mencecah RM900.

Namun, para pengunjung diberikan potongan harga istimewa sehingga RM150 sahaja sepanjang berlangsungnya jualan di PWTC.

Peniaga Songket, Syaidey Imran

“Saya jual songket ini setiap kali berlangsung PAU. Harga asal songket ini di luar RM900 lebih, namun sempena persidangan saya bagi potongan harga sehingga serendah RM150 sahaja,” ujarnya.

Selain daripada songket, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai lagi barang lain seperti kain pasang yang dijual dengan harga begitu murah iaitu enam pasang berharga RM150.

Hasil tinjauan ke tapak penjualan, MYNEWSHUB difahamkan ekspo ini akan berlangsung sehingga hari esok, dan ia berada di aras dua bangunan PWTC.

Lanjutan sehari itu bagi membolehkan para perwakilan dan orang ramai cukup masa untuk berbelanja selepas penat mengikuti perhimpunan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: PAU 2017Perhimpunan Agung UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd