• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sampai Setahun Didiami, Rumah Dinaiki Bah Ke-2

oleh AK-47
09/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – “Tidak sampai setahun tinggal di sini, rumah kami sudah dua kali dinaiki air,” kata salah seorang penghuni sebuah taman perumahan di Teluk Kalong yang dinaiki air sejak hujan lebat awal pagi tadi.

Rafian Ismail, 44 berkata walaupun ia tidak seteruk tahun lalu tapi beliau tidak menjangka air naik dalam kadar yang cepat.

“Air mula masuk ke rumah pagi tadi dalam pukul 10.00 pagi dan kami sekeluarga segera berpindah kerana takut paras air anak sungai meningkat dan kami tidak mahu peristiwa banjir awal tahun ini berulang kembali…waktu itu 80 peratus kelengkapan dalam rumah rosak akibat tidak tahu paras air naik mendadak hingga tahap dada.

Kami sudah mula mengemas mula semalam dan barang-barang juga telah saya letak di rumah yang lain apabila hujan mula lebat…di samping itu paras sungai yang makin naik membuatkan kami ambil keputusan segera berpindah,” katanya yang ditemui di pusat penempatan sementara di Dewan Darul Iman Training Centre (DITC), Telok Kalong di sini hari ini.

Selain itu, seorang lagi penghuni taman berkenaan, Tini Obang Sobandi, 43 berkata beliau sekeluarga mula berpindah pukul 7 pagi tadi setelah melihat air naik terlalu pantas.

“Bila kami keluar dari rumah untuk datang ke pusat pemindahan…air di jalan utama sudah mencapai ke paras paha jadi ke kenderaan suami saya tidak boleh keluar kerana tersangkut.

Kami sekeluarga harus berjalan kaki sejauh 500 meter dan terpaksa mengharung air untuk sampai ke jalan utama sebelum trak bomba tiba…anak perempuan bongsu yang berusia tiga tahun sedikit terkejut dengan suasana banjir yang tidak pernah kami alami, ” katanya.

Sehingga pukul 6 petang ini, hanya daerah Kemaman yang mempunyai mangsa banjir dan sejumlah 264 mangsa daripada 64 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan itu sejak pukul 5.30 pagi tadi.

Sebahagian besar negeri Terengganu masih mengalami hujan lebat. -BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd