• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar PM Najib Tentukan Calon PRU – Wakil Selangor

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Biarlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja yang menentukan pemilihan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak, kata wakil Selangor pada Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Khairil Anuar Saimun berkata ini kerana Najib, yang juga Presiden UMNO, mempunyai kaedah tersendiri dalam pemilihan calon yang mampu membawa kepada kemenangan parti.

“Perkara ini dibuktikan dengan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serta pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini.

“Biarkan Perdana Menteri sahaja yang tentukan calon..tak perlu orang lain lagi,” kata Khairil Anuar yang juga Ketua UMNO Cawangan Seri Putri ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sementara itu, wakil Pahang yang juga Anggota Jawatankuasa UMNO Kuantan Wan Emril Nizam Wan Embong meminta kesemua lebih tiga juta anggota UMNO tidak membiarkan Presiden UMNO berjuang berseorangan dalam PRU14.

“Ayuh semua, sekembalinya kita ke cawangan dan bahagian masing-masing mari kita sama-sama memperkemas jentera dan berjuang habis-habisan memenangi PRU akan datang,” katanya.

Wakil UMNO Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat Haliza Abdullah pula mahu UMNO terus memimpin negara ini dalam usaha membasmi kemiskinan.

“UMNO perlu jadi penyelesai kepada pelbagai perkara dan cabaran… UMNO mesti menjadi peneraju masa hadapan orang Melayu bukan sekadar survival tapi peneraju abad ke-21,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd