• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentadbiran Najib Beri Peluang Mahasiswa Berpolitik

oleh Ahmad Albab
08/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahasiswa Nasional hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi peluang kepada mereka berpolitik dan menyediakan platform untuk menyuarakan pendapat kepda pemimpin.

Wakil Mahasiswa Nasional Ammar Adnan yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ammar Adnan berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 mengubah landskap dalaman universiti dengan membolehkan mahasiswa terlibat dengan politik dan berinteraksi tanpa halangan.

“Dahulu, mahasiswa yang nak berpolitik terpaksa sorok-sorok. Kini mahasiswa sudah bebas dan boleh hinggap mana-mana ‘pokok’ untuk buat ‘sarang’. Hari ni Perdana Menteri menyediakan banyak pokok seperti Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas), Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) dan Felo Perdana.

“Inilah pemimpin hebat kerana memberi anak muda peluang dan tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri kerana menganggap kami sebagai aset UMNO dan bukannya pesaing,” katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sambil menyifatkan Najib yang juga Presiden UMNO sebagai juara mahasiswa, beliau berkata perdana menteri berjumpa dengan golongan penuntut itu hampir setiap bulan dan berusaha bertemu dengan mahasiswa Malaysia di luar negara setiap kali beliau ke luar negara.

“…saya katakan perdana menteri adalah juara mahasiswa. Inilah perdana menteri yang dekat dengan hati orang muda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan kerajaan mempertimbang langkah yang dapat mengurangkan masalah kewangan mahasiswa dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.

Ammar berkata antara langkah yang boleh diambil kerajaan adalah dengan memberikan subsidi minyak kepada mahasiswa yang menunggang motosikal berkapasiti enjin di bawah 150cc.

“Langkah ini mampu mengurangkan bebanan kos ditanggung mahasiswa masa kini. Bantuan boleh didebitkan ke dalam kad Bank Rakyat mahasiswa di mana (penggunaan) hanya (disyaratkan) di stesen minyak Petronas,” katanya.

Ammar turut menarik perhatian para perwakilan dengan menyarankan kerajaan mempertimbang pengecualian bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang mendapat ijazah kelas 2 atas, seperti yang dinikmati pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama ketika ini.

“Kita tahu kerajaan sentiasa beri perhatian kepada keluhan rakyat terutama kumpulan B40 termasuk memberi kemudahan pendidikan. Sebenarnya masih ramai lagi yang bukan mampu, ditambah pula dengan bebanan hidup masa kini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPerhimpunan Agung UMNO 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd