• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Jumlah Mangsa Di Terengganu Terus Meningkat

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor semakin baik pada keseluruhannya pagi ini apabila jumlah mangsa terus mencatat penurunan kepada 18,210 orang berbanding 21,366 malam tadi.

Bagaimanapun di Terengganu, negeri yang kembali dilanda banjir sejak semalam, menyaksikan pertambahan mangsa yang dipindahkan kepada 273 orang berbanding 125 orang malam tadi.

Di TERENGGANU, pertambahan mangsa itu difahamkan berikutan hujan lebat yang turun di sebelah pedalaman menyebabkan kediaman di kawasan rendah dan berdekatan sungai dinaiki air, selain faktor kenaikan paras air laut pasang.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, sebanyak lima pusat pemindahan dibuka setakat ini di dua daerah iaitu Kemaman membabitkan 160 mangsa dan Dungun (113 mangsa).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 11,819 orang yang kini ditempatkan di 57 pusat pemindahan dalam enam daerah berbanding 14,494 mangsa malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Pekan masih menempatkan mangsa paling ramai 7,414 orang diikuti Maran (2,618 orang), Kuantan (1,012 orang), Temerloh (611 orang) dan Bera (164 orang).

Menurut jurucakap itu, dua laluan utama di Raub iaitu Kilometer 1 Jalan Felda Krau dan Kilometer 39 Jalan Bentong-Raub yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula dan dapat dilalui oleh semua kenderaan.

Di PERAK, Jurucakap MKN negeri Perak berkata jumlah mangsa banjir menurun kepada 3,601 orang daripada 959 keluarga.

Ketika ini sebanyak 20 pusat pemindahan dibuka dalam lima daerah iaitu Perak Tengah, Hulu Perak, Hilir Perak, Manjung dan Kuala Kangsar.

Jumlah mangsa di Perak Tengah pagi ini ialah 2,649 orang, Hulu Perak (289 orang), Hilir Perak (394 orang), Manjung (160 orang) dan di Kuala Kangsar (109 orang).

Sementara itu di KELANTAN, jumlah mangsa banjir pagi ini tidak berubah dan kekal seperti direkodkan malam tadi iaitu sebanyak 2,749 mangsa membabitkan 602 keluarga.

Jurucakap MKN negeri Kelantan memaklumkan empat jajahan masih terjejas banjir membabitkan 27 pusat pemindahan dengan jumlah mangsa terlibat mengikut pecahan – Kuala Krai (1,399 orang), Gua Musang (1,157 orang), Tanah Merah (93 orang) dan Machang (100 orang).

Di SELANGOR, sebanyak 41 mangsa masih ditempatkan di Dewan Kampung Chinchang, Sepang berikutan paras air masih belum surut di kawasan itu pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga memindahkan kesemua mangsa terlibat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun di Taman Desa Indah, kesemua mangsa banjir yang dipindahkan petang semalam telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila air mulai surut kira-kira 8.30 malam.

Semalam, tiga lokasi di Sepang mengalami banjir kilat apabila hujan lebat turun tanpa henti sejak tengah hari, menyebabkan paras air meningkat di Kampung Chinchang, Taman Desa Indah dan Jalan Sepang-Salak Tinggi. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd