LAMA tak dengar perkhabaran terbaharu mengenai aktres jelita, Maya Karin yang sebelum ini sering kali dikaitkan bercinta dengan aktor Remy Ishak.
Terbaharu, Maya dilihat sering menghabiskan masanya di kota London melawat adiknya yang bekerja di situ dan baru-baru ini juga dia sempat bercuti di Switzerland dan Iceland bermain ski dengan seorang jejaka mat saleh yang kacak!
Wah, kekasih baru ke Maya?
Tapi kalau betul pun berkasih, takde masalah rasanya memandangkan Maya pun memang masih solo sejak dikhabarkan putus cinta dengan kekasih mat saleh juga sebelum ini.
Menerusi info Ohbulan, jejaka kokesen ini, Bastian Baker merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Switzerland.
Bastian juga merupakan salah seorang coach untuk program The Voice Belgium musim ketiga.
Memang sama cantik sama padan kalau betul mereka memang sedang hangat bercinta! – MYNEWSHUB.CC






