• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Perlu Miliki Minda Menang Bantu Najib

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO perlu menzahirkan semangat solidariti dengan mempersiapkan diri memiliki ‘minda menang’ bagi membantu dan menyokong kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan mandat untuk menerajui kerajaan, kata wakil UMNO Perak.

Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata gendang perang akan dipalu bila-bila masa sahaja lagi, maka minda menang mesti mengukuh dalam sanubari setiap anggota bagi mendapatkan mandat besar kerana ia merupakan peperangan hidup mati bangsa Melayu.

“Jangan biarkan Presiden (Najib) berseorangan. Jangan hanya tengok kesusahan yang ditanggung pemimpin kita sahaja,” katanya ketika menyokong perbahasan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau berkata Perak berpendapat tujuh minda menang menjadi prasyarat untuk berjaya dalam PRU14 iaitu kesetiaan dan pengorbanan terhadap perjuangan; jangan mudah berpuas hati dan sentiasa berfikir ke hadapan; mempunyai rasa kebersamaan; jangan menyorok perkara di bawah tikar; tetapkan siapa musuh; dan tetapkan sasaran kemenangan serta perlu menyelami masalah resah dan gelisah masyarakat.

“Kita mesti meneruskan keberadaan UMNO di tengah-tengah khalayak. UMNO yang telah terbukti sejak tujuh dekad mesti terus berada di tengah masyarakat. Perubahan politik, cabaran dan persekitaran menuntut agar kita menyantuni kehendak dan mendengar denyut nadi mereka agar UMNO bersifat inklusif,” katanya.

Mohd Azhar turut menyokong cadangan sayap-sayap parti yang seia sekata supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, demi perpaduan parti.

“Presiden UMNO perlukan seorang jeneral perang mendampingi (beliau) bagi mengharungi PRU14. Sebagai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliaulah yang paling layak,” katanya.

Terdahulu, wakil UMNO Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata amalan prinsip wala’ dan kesetiaan ditekankan oleh presiden parti membolehkan UMNO mengatasi pelbagai rintangan dan dugaan meskipun sering kali cuba dijebak ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.

Mohamad Sahfri, yang juga Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), turut mencadangkan anggota UMNO termasuk Pemuda turun berhimpun menyatakan bantahan di Kedutaan Amerika Syarikat, esok bagi menyatakan solidariti terhadap soal Baitulmuqaddis di Palestin.

“Isu Baitulmuqaddis menjadi satu daripada perkara penting dalam dunia hari ini, maka Pemuda menyahut cabaran untuk kita beramai-ramai berhimpun dan nyatakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika mengenai tindakan mereka menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara Israel,” katanya semasa mencadang usul ucapan dasar presiden itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Azhar JamaluddinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd