• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Anjur Himpunan Solidariti Sokong Palestin

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengadakan perhimpunan solidariti menyokong rakyat Palestin sebagai protes terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kata Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tanpa menyatakan tarikh dan lokasi perhimpunan itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan berunding dengan rakan-rakan daripada parti luar dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menyertai perhimpunan tersebut.

“Kita melihat bahawa isu ini bukan sahaja isu soal agama Islam tetapi ia merupakan soal kesejagatan,” katanya pada sidang media selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berpendapat apa yang diputuskan Presiden Trump merupakan satu campur tangan secara langsung di Timur Tengah dan dikhuatiri menimbulkan pergolakan politik di rantau tersebut.

Katanya beliau dan Najib telah bertemu dengan pemimpin Al-Fattah dan Hamas dari Palestin, yang menghadiri perhimpunan itu, dan kedua-dua parti berkenaan turut membantah cadangan Amerika Syarikat itu.

“Walaupun kedua-dua parti ini sering berbeza pendapat tetapi (dalam hal ini), mereka telah bersatu hati dan pemikiran bahawa tindakan yang dilakukan untuk memindahkan ibu kota Tel Aviv ke Baitulmaqdis adalah sesuatu yang harus ditentang bukan hanya oleh rakyat Palestin tetapi umat Islam keseluruhannya,” kata beliau.

Ditanya sama ada UMNO akan menyertai PAS yang akan mengadakan protes di luar kedutaan AS di sini, esok, beliau berkata UMNO sedia hantar anggotanya yang tidak terlibat secara langsung dengan Perhimpunan Agung UMNO ke protes itu.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menghadiri sidang media itu berkata cadangan mengadakan perhimpunan solidariti tersebut telah mendapat sokongan padu daripada para perwakilan UMNO.

“Ini bermakna tindakan Trump bukan sahaja tidak kita persetujui, malah kita tentang,” katanya.

Dalam ucapannya, perdana menteri menyatakan pendirian Malaysia yang menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila dan turut meminta kesemua 2,718 anggota perwakilan untuk berdiri dan menyuarakan protes mereka terhadap tindakan Amerika Syarikat itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd