• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pilihan Terbaik Rakyat Semporna – Pemuda UMNO

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) masih merupakan pilihan terbaik bagi rakyat Semporna kerana parti itu terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan di kawasan itu, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna Ahmad Marzuki Nasir.

Sehubungan itu, beliau yakin momentum sokongan rakyat kepada parti itu masih kukuh dan utuh meskipun menghadapi pelbagai cabaran yang semakin getir sejak kebelakangan ini.

Katanya walaupun berdepan dengan pelbagai isu yang sengaja ditimbulkan, namun sokongan terhadap kepimpinan UMNO dan BN masih kuat.

“Isu “Sabah for Sabahan” selalu diuar-uarkan untuk mempengaruhi minda khususnya golongan muda sehingga mereka berada dalam dilema untuk memilih pemimpin yang sebenar.

“Oleh itu Pemuda UMNO turun padang mendekati golongan ini memberi penjelasan supaya mereka melihat dengan mata dan hati yang terang,” katanya ketika ditemui Bernama sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ahmad Marzuki turut memuji golongan muda di daerah itu kini semakin faham isu yang dicanangkan oleh pihak pembangkang hanyalah ‘cakap kosong’ semata-mata tanpa bukti yang nyata.

Sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional telah membawa perubahan di daerah itu dan perlu dijadikan sebagai teladan agar legasi kepimpinan UMNO terus diberi kepercayaan.

Katanya, kejayaan kepimpinan yang sedia ada bukan hanya retorik semata-mata tetapi turut terbukti malah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Semporna tidak dilupakan dalam arus pembangunan.

Mengenai pemilihan calon muda dalam pilihan raya umum ke-14 dalam kalangan anggotanya, Ahmad Marzuki berkata Pemuda UMNO tetap menyokong siapa saja yang dicalonkan.

“Kami tidak kisah, siapa pun calon, kami beri sokongan padu,” katanya. – BERNAMA

Tags: SempornaUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd