• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mampu Kawal Emosi Dengan Sikap Pengikut Laman Sosial

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Nazim Othman memberitahu dia berjaya mengawal emosi apabila berhadapan dengan kritikan peminatnya di laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Nazim, 31, berkata, sifat matang itu timbul mungkin kerana pengalamannya yang semakin faham dengan sikap segelintir masyarakat yang suka mengkritik tanpa mengenali individu bekenaan.

“Lima tahun dahulu saya mudah melatah dan akan membalas balik setiap komen-komen negatif yang berkaitan dengan saya. Tetapi apabila difikir-fikirkankan balik, tidak perlu untuk marah dengan kritikan orang yang tidak mengenali kita.

“Bagaimanapun, sebagai selebriti, ada juga kritikan yang harus kita terima. Jika tiada yang membidas, kita akan sentiasa berada di zon selesa tanpa mahu berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Nazim ditemui pada majlis pelancaran produk baharu Nivea Men Cool Kick Deodorant di Zebra Square di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Nazim berkata, dia juga mengambil pendekatan dengan menyekat mana-mana akaun pengikut-pengikutnya sekiranya komen-komen yang diberi agak keterlaluan.

“Walaupun saya kerap menyekat pengikut-pengikut terutamanya di Instagram, tetapi saya juga melayani peminat-peminat di laman sosial lain.

“Saya percaya pendekatan laman sosial ini berguna bagi mendekatkan diri dengan peminat walaupun ada negatifnya,” tutur Nazim.

Sementara itu, mengenai produk Nivea Man, Nazim bersama dengan dua selebriti lain iaitu Kevin Zahri dan Zul Ariffin menjadi personaliti yang dipilih untuk berkongsi informasi mengenai produk tersebut.

Dia begitu teruja apabila diberi peluang tersebut memandangkan dia seorang yang gemar menggunakan produk penjagaan diri.

“Memang dari zaman sekolah lagi, saya seorang yang sangat menitikberatkan mengenai penjagaan diri termasuklah wajah.

“Kerana itu mungkin pihak Nivea melihat saya boleh bercakap mengenai produk mereka,” ujarnya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=coWVWsccg7o

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd