• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Najib Pengerusikan Mesyuarat Khas MT UMNO

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Mesyuarat yang bermula kira-kira 8.40 malam di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn di sini turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak serta anggota-anggota MT UMNO.

Najib akan merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok serta menyampaikan Ucapan Dasar Presiden kepada 5,739 anggota perwakilan dari seluruh negara.

Perhimpunan tahunan parti yang bermula semalam akan berakhir Sabtu ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat khas MT UMNO itu merupakan rutin biasa yang membincangkan perjalanan mesyuarat esok.

Beliau berkata mesyuarat kira-kira sejam itu tidak membincangkan perkara berhubung Pilihan Raya Umum Ke-14 mahupun calon.

“Jelas mengenai pentadbiran untuk kelancaran mesyuarat esok… mesyuarat (MT) hari ini tiada yang luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kira-kira sejam itu.

Annuar berkata mesyuarat malam ini turut mendengar laporan wakil-wakil MT di ketiga-tiga mesyuarat sayap UMNO.

Ditanya mengenai tumpuan pada perhimpunan agung kali ini yang menyentuh isu supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO akan datang, Annuar berkata jurucakap bebas bersuara dan memberi pandangan.

“Kita memberi kebebasan. Jurucakap yang mewakili negeri-negeri masing-masing boleh cakap apa yang mereka mahu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMensyuarat Khas MTUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd