• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Januari Sebutan Kes Bunuh Mangsa Buli T. Nhaveen

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 11 Januari depan untuk pengurusan kes empat remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen, Jun lepas.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Syafiq Mohd Sazali memaklumkan mahkamah pihaknya belum menerima laporan kimia mangsa.

Pada prosiding hari ini, ibu Nhaveen turut hadir di mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes bunuh anak lelakinya yang berumur 18 tahun itu.

Turut kelihatan di galeri mahkamah adalah ahli keluarga keempat-empat tertuduh.

Pada 19 Jun lepas, empat remaja termasuk pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Nhaveen.

J.Ragesuthen, 18, dan S.Gokulan, 18, serta dua lagi remaja lelaki didakwa melakukan perbuatan itu secara bersama di antara jam11 malam hingga 12 tengah malam berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor dekat sini pada 9 Jun lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen di sini, Hakim Irwan Suaibon turut menetapkan tarikh sama sebagai sebutan semula kes bagi empat remaja berkenaan yang menghadapi pertuduhan mencederakan T. Preevin,19, yang merupakan rakan kepada Nhaveen.

Irwan menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa, Raya Farah Aimy Zainul memberitahu mahkamah bahawa pihaknya sudah menerima laporan perubatan namun masih belum menerima laporan kimia.

Kesemua tertuduh berkenaan didakwa mencederakan Preevin di tempat, masa dan tarikah yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Empat remaja itu, yang kini ditahan di Penjara Juvana Sungai Petani, didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Nhaveen, 18, cedera parah akibat dipukul kumpulan remaja berkenaan di Jalan Kaki Bukit, dekat sini, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur.

Rakannya, Preevin dilapor turut dipukul oleh kumpulan berkenaan menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, peguam pemerhati bagi keluarga Nhaveen, Baljit Singh, menggesa agar kes itu dipercepatkan segera. – BERNAMA

Tags: bulikes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd