• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Tak Memilih Laksanakan Penguatkuasaan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui semua 10 jabatan dan agensi dibawahnya tidak pernah memilih dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.
“KDN mengambil pendekatan tidak pilih ‘bulu’ dari segi tindakan penguatkuasaan dan melakukan susulan kepada tindakan.

“Sepuluh jabatan dan agensi ini akan menjalankan tanggungjawab mengikut perundangan, akta dan peraturan yang termaktub dalam undang-undang,” katanya semasa merasmikan Pameran Korporat 1KDN@PWTC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tugas dan tanggungjawab KDN adalah amat holistik dan menyeluruh meliputi aspek kehidupan rakyat sejak mereka dilahirkan sehinggalah meninggal dunia.

“Contohnya, dalam soal mengeluarkan sijil kelahiran hinggalah sijil kematian (oleh Jabatan Pendaftaran Negara),” katanya.

Justeru itu, tugas dan tanggungjawab yang amat luas itu memerlukan sokongan dan dukugan semua pihak, katanya sambil berharap tiada pihak yang cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap KDN dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mengenai Pameran Korporat 1KDN@PWTC di Aras 3, PWTC, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata ia memaparkan hamparan hidangan perkhidmatan terbaik KDN untuk rakyat Malaysia.

“Mereka yang mengunjungi PWTC boleh mendapatkan perkhidmatan daripada agensi dan jabatan terlibat secara langsung dan segera,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan buku tulisannya sejak menerajui KDN bertajuk ‘Penggerak Transformasi Keselamatan Negara’ setebal 238 muka surat terbitan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM). – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd