Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Jambatan Bengkok Hanya Agenda...

BONGKAR... Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin luah rasa kesal dengan hasrat Kerajaan Pakatan...

Ahmad Zahid Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Bunuh 2 Beradik, 2...

PETALING JAYA - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Adenan Rakan Seperjuangan Yang...

BAU - Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem...

KDN Tak Memilih Laksanakan Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui semua 10 jabatan dan agensi dibawahnya tidak pernah memilih dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.
ā€œKDN mengambil pendekatan tidak pilih ā€˜buluā€™ dari segi tindakan penguatkuasaan dan melakukan susulan kepada tindakan.

“Sepuluh jabatan dan agensi ini akan menjalankan tanggungjawab mengikut perundangan, akta dan peraturan yang termaktub dalam undang-undang,” katanya semasa merasmikan Pameran Korporat 1KDN@PWTC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tugas dan tanggungjawab KDN adalah amat holistik dan menyeluruh meliputi aspek kehidupan rakyat sejak mereka dilahirkan sehinggalah meninggal dunia.

“Contohnya, dalam soal mengeluarkan sijil kelahiran hinggalah sijil kematian (oleh Jabatan Pendaftaran Negara),” katanya.

Justeru itu, tugas dan tanggungjawab yang amat luas itu memerlukan sokongan dan dukugan semua pihak, katanya sambil berharap tiada pihak yang cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap KDN dalam kalangan rakyat Malaysia.


Mengenai Pameran Korporat 1KDN@PWTC di Aras 3, PWTC, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata ia memaparkan hamparan hidangan perkhidmatan terbaik KDN untuk rakyat Malaysia.

ā€œMereka yang mengunjungi PWTC boleh mendapatkan perkhidmatan daripada agensi dan jabatan terlibat secara langsung dan segera,ā€ katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan buku tulisannya sejak menerajui KDN bertajuk ā€˜Penggerak Transformasi Keselamatan Negaraā€™ setebal 238 muka surat terbitan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM). – BERNAMA

Kategori