• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya TMJ, Bukan Tak Mampu Bayar” – Tunku Ismail

oleh
06/12/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim sama sekali tidak gentar dengan ugutan Mario Gomez yang ingin mengheret baginda ke mahkamah.

Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor tetap bersedia jika bekas pengurus kelab bola sepak JDT itu masih mahu memanjangkan isu tersebut sehingga perlu melibatkan campur tangan badan undang-undang negara.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.260410070788966.1073741834.208453185984655/948614398635193/?type=3&theater

“Saya, Tunku Mahkota Johor, tidak perlu saya nyatakan berapa banyak wang yang saya ada. Masuk akal atau tidak RM60,000 tidak mampu saya bayar?” titah TMJ menerusi satu entri akaun Facebook rasmi milik Johor Southern Tigers.

Kata-kata tersebut turut ditujukan kepada beberapa page yang menulis berita palsu mengenai isu berkenaan. Netizen juga bersetuju dengan titah TMJ yang bersifat lebih bertanggungjawab ke atas kelab berada di bawah jagaannya.

Selain itu, Raul Longhi yang merupakan Penolong Ketua Jurulatih Kelab JDT turut menyampaikan perasaan kecewanya atas dakwaan palsu yang dibuat oleh Gomez sendiri.

“Saya sangat kecewa apabila baca mengenai Gomez mendakwa beliau masih ada tunggakan gaji belum dijelaskan oleh JDT. Dia dan saya telah menghabiskan masa bertahun-tahun di JDT.

“Kelab ini sangat telus dan paling penting, tidak pernah lewat bayar gaji dan juga bonus kami. JDT adalah salah satu daripada kelab paling profesional yang saya pernah kerja sepanjang karier saya.

“Inilah sebabnya saya memilih untuk kekal di kelab ini meskipun selepas pemergian Gomez,” katanya dipetik daripada Facebook Johor Southern Tigers.

Dalam masa yang sama, Longhi turut memberitahu bahawa mengikut perjanjian yang telah dibuat ialah gajinya sememangnya dibayar oleh Mario sendiri.

Perkara tersebut telah berterusan sejak tahun 2015 lalu iaitu sejak penglibatan Longhi ke dalam skuad JDT.

” Ia telah berterusan sejak saya sertai kelab ini pada 2015, yang pertama kalinya dibayar Mario secara langsung dan kemudian oleh setiausaha kelab selepas Mario memilih dan meminta mengaturkannya agar ia lebih mudah,” ujarnya lagi.

Tambah Longhi, dia turut berasa kecewa dan sedih apabila selepas tiga tahun, Gomez secara tiba-tiba berusaha untuk menjatuhkan kelab JDT dengan membuat tuduhan palsu.

Namun, sebagai pembantu, Longhi memahami keadaan Gomez yang berkemungkinan berasa agak sedih kerana tidak lagi bersama-sama dalam skuad JDT.

Bagaimanapun tuntutan yang dilakukan Gomez seolah-olah menentang kelab yang telah memberi manfaat kepada mereka berdua setelah sekian lama berkhidmat.

Setakat ini, Tunku Ismail dikatakan langsung tidak berasa gentar dengan keputusan Gomez untuk membawa isu itu ke mahkamah.

Malah, baginda turut bersedia dengan apa sahaja yang akan terjadi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: JDTMario GomezRaul Longhisaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd