• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solidariti Kunci Kemenangan UMNO, BN – Mohd Bahrin

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Solidariti perlu dijadikan sebagai ‘kata kunci’ bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu Mohd Bahrin Abd Karim.

Beliau berkata kata kunci itulah merupakan intipati pesanan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan Amanat Presiden, dan turut ditekankan oleh Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan serentak persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

“Saya melihat aspek solidariti ini diberi penekanan utama oleh pemimpin Nombor Satu dan Nombor Dua parti, selain memupuk dan menanamkan mentaliti kemenangan dalam minda setiap ahli parti.

“Jika semua ahli parti memahami dan menyelami kata kunci itu, saya yakin UMNO dan BN mampu mencipta kemenangan manis dalam PRU14 nanti terutama di Sabah,” katanya ketika ditemui sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC hari ini.

Beliau diminta mengulas intipati ucapan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi ketika merasmikan persidangan tiga sayap parti itu.

Mohd Bahrin berkata Pemuda UMNO Kota Kinabalu berikrar menggalas amanah yang diperingatkan pimpinan parti, dan sedia menjadi jambatan di peringkat akar umbi bagi menambat hati rakyat.

Untuk itu, katanya, usaha akan diteruskan bagi membantu menangkis maklumat palsu dan fitnah pembangkang, khususnya di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu yang akses kepada media sosial begitu meluas.

“Saya harap gandingan semua sayap parti dalam mengekalkan momentum keutuhan akan dapat merealisasikan sasaran kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam PRU14 nanti,” katanya.

Beliau sependapat dan menyokong kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang turut berikrar untuk melaksanakan mandat khas yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti dalam usaha memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut Khairy, pergerakan itu diberi tanggungjawab bagi memastikan sokongan besar pengundi lelaki Melayu bawah 40-an yang dianggarkan sekitar 1.9 juta orang, menyebelahi Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Sebagai pimpinan di peringkat akar umbi yang lebih memahami denyut nadi rakyat, kami akan pastikan amanah ini digalas dengan sebaik mungkin,” kata Mohd Bahrin. – BERNAMA

Tags: BNPerhimpunan Agung UMNO 2017UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

06/07/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd