• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekalkan Perpaduan, Mentaliti Menang – Najib

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan soal solidariti dan pentingnya anggota UMNO mempunyai mentaliti kemenangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Najib turut menaruh harapan yang tinggi terutama kepada jentera Pergerakan Wanita UMNO untuk menjadi wakil kepada parti di peringkat akar umbi bagi menambat hati rakyat.

Ini merupakan antara perkara yang dibangkitkan Najib pada majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

“Ucapan beliau meniup semangat semua perwakilan. Presiden berkata sebenarnya produk Barisan Nasional merupakan produk yang baik dan kita bertanggungjawab menentukan ‘lebuh raya’ masa depan terutama tanggungjawab terhadap anak muda yang terletak di atas bahu kita,” kata Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat berkenaan yang berlangsung pada hari pertama perhimpunan tahunan parti itu bermula hari ini hingga 9 Disember. Najib dijadual merasmikan Perhimpunan Agung UMNO pada Khamis.

Shahrizat seterusnya berkata ucapan Najib itu turut mengingatkan anggota perwakilan bahawa PRU14 adalah segala-galanya selain meminta semua anggota mengekalkan perpaduan dan solidariti sesama anggota parti.

“Kami bersedia menerima cabaran yang diberikan presiden parti dalam menghadapi PRU14,” tegas Shahrizat.

Menurutnya, apa yang perlu dititikberatkan dalam perancangan parti menjelang PRU14 adalah memastikan jentera pilihan raya berada di landasan yang tepat.

“Kebimbangan utama kami adalah untuk memastikan jentera kita teratur dan semua anggota bersedia serta mempunyai mentaliti kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan amanat penting Najib menjadi asas kepada perhimpunan itu dan harus diambil berat oleh semua pemimpin serta anggota parti sebagai persiapan menghadapi PRU14.

“Antara inti pati taklimat itu adalah berkenaan kemuafakatan parti dan kesiagaan untuk meneruskan gerak kerja parti.

“Datuk Seri (Najib) juga menyatakan bahawa mentaliti kemenangan itu kena ada dalam setiap anggota parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPerhimpunan Agung UMNOPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd