• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminta Derma Perlu Daftar Dengan JAIM

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bagaikan tidak ada kesudahan dan menjadi kelaziman melihat kelibat individu tertentu melakukan kegiatan meminta derma atas nama sekolah tahfiz, membina masjid dan anak yatim di kedai-kedai makan, stesen minyak, bank atau pun di masjid dan surau di sini.

Semua orang, termasuk penulis, pernah melalui pengalaman didatangi peminta derma yang berkopiah meminta sumbangan bagi membantu murid sekolah tahfiz, membina masjid dan sebagainya ketika menikmati makanan di kedai dan restoran.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) Mohd Azhan Samat berkata meminta derma tidak salah dari segi hukum syarak jika benar-benar memerlukan, namun dari segi peraturan, mereka perlu mendapatkan kebenaran dengan berdaftar di jabatan itu terlebih dahulu.

“Kita mempunyai peraturan bagi membolehkan mereka yang benar-benar memerlukan untuk meminta derma dan pihak JAIM tidak mempunyai halangan mengeluarkan surat kebenaran sekiranya individu atau institusi terbabit layak.

“Namun sekiranya tidak berdaftar dengan JAIM, peminta derma boleh dikenakan tindakan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Azhan berkata beliau kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak mahu mendaftar diri dengan JAIM sedangkan pihaknya bersedia dan tidak mempunyai halangan untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada mereka yang layak.

Beliau berkata pengawasan terhadap peminta derma atas nama sekolah tahfiz atau membina masjid perlu dilakukan bagi menjaga imej agama Islam di negeri ini kerana kerajaan negeri dan pusat mempunyai peruntukan tahunan bagi membantu institusi terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan mengikut saluran yang betul atau memastikan bahawa peminta derma mempunyai surat kebenaran JAIM.

“Kami bimbang sumbangan kewangan oleh orang ramai itu tidak sampai kepada pihak sepatutnya dan disalah guna. Oleh itu adalah lebih wajar sekiranya mereka menyalurkan derma menerusi saluran yang betul,” katanya.

Berdasarkan pengalaman penulis, ramai yang tidak keberatan mendermakan sejumlah kecil RM1 atau RM2 tanpa menyedari wang itu dikutip sindiket yang menggunakan remaja dan pelajar sekolah tahfiz sebagai peminta sumbangan, seperti laporan Bernama sebelum ini.

Penulis juga pernah meminta peminta derma menunjukkan surat kebenaran daripada JAIM namun beliau terus beredar tanpa menoleh dan berkata apa-apa. – BERNAMA

Tags: JAIMpeminta derma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Kakitangan JAIM Didenda RM50,000 Tipu Guru

Bekas Kakitangan JAIM Didenda RM50,000 Tipu Guru

25/07/2024
2

MELAKA – Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis,...

JAIM Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

03/04/2022
0

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada umat Islam di negeri ini jika dikesan membawa rokok sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd