Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Gambar: Romantisnya Bulan...

PASANGAN romantis, Akim Ahmad dan isteri Stacy atau sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam...

Sarawak Eksport Bersih Makanan...

KUCHING - Sarawak mahu menjadi pengeksport bersih hasil dan produk pertanian berkualiti tinggi...

Dr Mahathir Beri Keterangan...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai memberi keterangan kepada...

Penduduk Pandan Tak Kisah...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa penduduk Pandan menerima kelemahannya...

Peminta Derma Perlu Daftar Dengan JAIM

MELAKA – Bagaikan tidak ada kesudahan dan menjadi kelaziman melihat kelibat individu tertentu melakukan kegiatan meminta derma atas nama sekolah tahfiz, membina masjid dan anak yatim di kedai-kedai makan, stesen minyak, bank atau pun di masjid dan surau di sini.

Semua orang, termasuk penulis, pernah melalui pengalaman didatangi peminta derma yang berkopiah meminta sumbangan bagi membantu murid sekolah tahfiz, membina masjid dan sebagainya ketika menikmati makanan di kedai dan restoran.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) Mohd Azhan Samat berkata meminta derma tidak salah dari segi hukum syarak jika benar-benar memerlukan, namun dari segi peraturan, mereka perlu mendapatkan kebenaran dengan berdaftar di jabatan itu terlebih dahulu.

ā€œKita mempunyai peraturan bagi membolehkan mereka yang benar-benar memerlukan untuk meminta derma dan pihak JAIM tidak mempunyai halangan mengeluarkan surat kebenaran sekiranya individu atau institusi terbabit layak.

ā€œNamun sekiranya tidak berdaftar dengan JAIM, peminta derma boleh dikenakan tindakan,ā€ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Azhan berkata beliau kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak mahu mendaftar diri dengan JAIM sedangkan pihaknya bersedia dan tidak mempunyai halangan untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada mereka yang layak.

Beliau berkata pengawasan terhadap peminta derma atas nama sekolah tahfiz atau membina masjid perlu dilakukan bagi menjaga imej agama Islam di negeri ini kerana kerajaan negeri dan pusat mempunyai peruntukan tahunan bagi membantu institusi terbabit.


“Orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan mengikut saluran yang betul atau memastikan bahawa peminta derma mempunyai surat kebenaran JAIM.

ā€œKami bimbang sumbangan kewangan oleh orang ramai itu tidak sampai kepada pihak sepatutnya dan disalah guna. Oleh itu adalah lebih wajar sekiranya mereka menyalurkan derma menerusi saluran yang betul,ā€ katanya.

Berdasarkan pengalaman penulis, ramai yang tidak keberatan mendermakan sejumlah kecil RM1 atau RM2 tanpa menyedari wang itu dikutip sindiket yang menggunakan remaja dan pelajar sekolah tahfiz sebagai peminta sumbangan, seperti laporan Bernama sebelum ini.

Penulis juga pernah meminta peminta derma menunjukkan surat kebenaran daripada JAIM namun beliau terus beredar tanpa menoleh dan berkata apa-apa. – BERNAMA

Kategori