• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Tukang Masak Bantu Siasatan

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang tukang masak berusia dalam ingkungan 20-an ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki ditemui mati yang dipercayai ditikam di belakang sebuah rumah di Lorong Fairuz 3, Taman Arked dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid berkata lelaki terbabit yang bekerja sebagai tukang masak di Pulau Pinang itu ditahan pada 8.30 malam di sekitar sini dan akan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata suspek berkenaan juga merupakan pemilik kereta jenis Perodua Axia yang ditemui terbakar di kawasan berdekatan lokasi kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau, dan motif sebenar kejadian yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 25 tahun semalam ini masih dalam siasatan lanjut pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, mangsa yang beralamat di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu ditemui mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan cedera pada muka serta tangan yang dipercayai akibat pergelutan sebelum itu.

Polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 3.07 petang semalam dengan memaklumkan terdapat seorang lelaki ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian berkenaan. – BERNAMA

Tags: polistukang masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd