• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKR Sabah Perlu Penjawat Awam Tambahan

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memerlukan pertambahan penjawat awam bagi mencapai hasrat kerajaan membangunkan infrastruktur di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini.

Katanya, selain melaksanakan projek mega seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, jabatan itu juga telah mengambil alih aset awam seperti jalan-jalan di bawah majlis daerah dan pembetungan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dengan bertambahnya tanggungjawab ini, saya berpendapat adalah amat penting untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan organisasi ini.

Tidak dinafikan bahawa pertambahan anggota di pejabat adalah amat diperlukan dalam soal pentadbiran, kepakaran dan sokongan teknologi, tetapi disiplin dan kerajinan individu juga adalah penentu kepada keberkesanan jabatan,” katanya pada Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan JKR Sabah di sini hari ini.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata pihaknya akan memohon kepada kerajaan negeri untuk menambah kekuatan kakitangan agar tugas dan tanggungjawab jabatan itu dilaksanakan dengan lebih efisyen.

Terdahulu, Pengarah JKR Negeri Datuk Amrullah Kamal berkata jabatan itu perlu bekerja lebih keras dan sentiasa kreatif dan inovatif dalam memenuhi tuntutan kerja yang semakin bertambah, termasuk kepercayaan kerajaan pusat untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Menurutnya, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) setakat ini, 365 projek dikendalikan oleh JKR Sabah, yang mana 69 peratus adalah projek Persekutuan, manakala selebihnya projek biayaan negeri. – BERNAMA

Tags: JKRPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd