• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Mahu Tumpuan Juga Terhadap Pemberi Rasuah

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pemberi rasuah diberi tumpuan yang sewajarnya dari aspek siasatan dan pendakwaan seperti mana penerima rasuah, dalam usaha membasmi jenayah itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pada masa ini pihak yang berkenaan seolah-olah “terlepas pandang” terhadap pemberi rasuah apabila tidak ramai pelaku kesalahan itu didakwa dan dihukum.

Katanya adalah tidak adil jika tindakan siasatan, dakwaan dan hukuman hanya dikenakan kepada penerima rasuah, khususnya dalam situasi pemberi yang membuat aduan terhadap penerima berikutan rasa tidak puas hati dengan pulangan yang diharapkan.

“Kita harus lihat keseimbangan di antara pemberi dan penerima. Kita juga sering melihat penerima rasuah dikaitkan dengan pegawai-pegawai sektor awam atau pihak kerajaan (apabila) mereka didakwa selepas siasatan dilakukan serta dihukum,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Pemerkasaan Milenia (MES) 2017, di sini hari ini.

Sidang kemuncak yang bertemakan ‘Negara Menentang Rasuah demi Pembangunan, Keamanan dan Keselamatan’ merupakan platform bagi Majlis Biro Pelajar Luar Negara bersidang dan membangunkan rangkaian di antara golongan milenia tempatan, luar negara dan kepimpinan negara selain membincangkan isu kontemporari dalam proses pembinaan Malaysia.

Sidang kemuncak sehari itu diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan bermula esok sehingga Sabtu.

Beliau berkata kerajaan mendukung cadangan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat keterlibatan sektor swasta, badan korporat serta individu terutamanya usahawan yang cuba menawarkan rasuah untuk memperlicin urus niaga atau mempermudah perolehan kerja-kerja yang ditawarkan oleh jabatan agensi dan kementerian.

Ahmad Zahid juga mahu pihak berkuasa melakukan pendakwaaan dan mengambil tindakan terhadap sesuatu kes berdasarkan hasil siasatan termasuk melalui maklumat risikan dan bukannya bergantung pada laporan pengadu semata-mata.

“Jangan hanya mendengar ‘hearsay’ (khabar angin) atau setiap pemberitaan dalam media atau media dalam talian serta lontaran-lontaran tuduhan menyebabkan tindakan dilakukan,” katanya.

Ahmad Zahid turut menggesa badan-badan korporat dan swasta supaya melakukan Ikrar Bebas Rasuah seperti yang telah dilaksanakan oleh kementerian, agensi dan jabatan kerajaan untuk bersama-sama menghapuskan jenayah itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKes RasuahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd