• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Angkat Sumpah Sebagai Anggota Dewan Negara

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk Paul Igai dan Naib Pengerusi MCA Melaka Lee Tian Sing hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi tempoh tiga tahun di Dewan Negara di sini.

Kedua-dua mereka yang dilantik buat pertama kali, mengangkat sumpah di hadapan Yang DipertuaDewan Negara Datuk S. A. Vigneswaran.

Paul, 60, berasal dari Kapit, Sarawak, memiliki Ijazah Perniagaan (Pengangkutan) daripada Royal Melbourne Institute of Technology, Australia.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik antaranya pernah memegang jawatan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak dari 2002 hingga 2016.

Lee, 64, pula ialah Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah dari 1991 hingga 2009, selain itu beliau juga aktif sebagai penasihat kepada rumah-rumah ibadat di Melaka, antaranya Penasihat Persatuan Penganut Dewa Fong Sun See, Pantai Kuala Sungai Baru.

Ketika ditemui pemberita selepas upacara berkenaan, Paul berkata pelantikan itu satu penghargaan dan menjadi pemangkin baginya untuk menyumbang khidmat bakti khususnya kepada masyarakat di Sarawak.

Paul berkata beliau akan mengangkat isu pertanian dan penternakan di Sarawak kerana sektor itu masih belum berkembang sepenuhnya, selain juga usaha mengoptimumkan penggunaan tanah yang boleh memberi hasil kepada penduduk.

Sementara itu, Vigneswaran dalam ucapan aluannya berharap setiap anggota Dewan Negara memperkasakan imej Parlimen sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa serta mendukung visi rakyat secara gigih ke arah membina negara yang maju dan progresif dalam semua aspek pembangunan. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahSenator
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd