• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musuh Islam Bersatu Walau Berbeza Aliran Politik

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam negara ini diminta tidak terus terperangkap dengan taktik musuh Islam yang sedang bersatu dari segenap blok untuk memecahbelahkan kesatuan mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, musuh Islam terbabit sangat mengharapkan umat Islam berpecah kerana ia akan memberikan mereka kekuatan.

Kata beliau, atas perpecahan umat Islam Malaysia, mereka mampu untuk membina kekuatan, menang dan seterusnya menguasai negara ini dan umat Islam.

“Sebagaimana musuh boleh bersatu meskipun mereka berbeza parti politik dan aliran pemikiran demi “menyerang” Islam dan umatnya. Maka umat Islam mesti bertolak ansur dan korbankan kepentingan diri serta puak dengan kembali kepada paksi Islam yang benar.

“Mereka pastinya cuak lihat umat Islam bersatu. Mereka gelisah lihat umat Islam kembali berpaut erat pada Tali Allah. Mereka kepanasan lihat umat Islam mengurus perbedaan fahaman politik dan aliran pemikiran secara matang dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nasrudin mendedahkan antara taktik musuh Islam memecahbelahkan masyarakat muslim negara ini adalah dengan memastikan umat Islam saling bercakaran, bergaduh dan benci membenci antara satu sama lain.

Kata beliau, perkara yang kecil diperbesarkan dan yang mudah dipayahkan menggunakan pelbagai medium untuk menghasut termasuk media dan cybertrooper milik mereka untuk mengadu domba.

“Menggunakan strategi pecah dan perintah, musuh Islam mencetuskan pelbagai propaganda dan provokasi termasuk fitnah dan tohmahan terhadap perjuangan Islam. Kehendak mereka hanya satu iaitu umat Islam mesti berpecah dan lemah.

“Semestinya seruan penyatuan ini berpaksi kepada Islam. Justeru hanya Islam atau “Tali Allah” sahaja yang berupaya menambat dan mengikat hati-hati umat Islam supaya bersatu teguh dan utuh.

“PAS selayaknya bertindak untuk menyatukan ummat ini. Mereka tidak boleh dibiarkan berpecah atas apa alasan sekalipun termasuklah perbedaan latar fahaman politik, mazhab dan manhaj pemikiran,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd