• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Semakin Berkurangan

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 8,134 orang pada 8 pagi ini berbanding 9,002 mangsa malam tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 3,237 keluarga itu ditempatkan di 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga jajahan iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 4,804 mangsa daripada 2,040 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS, diikuti Tumpat dengan 3,306 mangsa (1,192 keluarga) di lapan PPS dan 24 mangsa (lima keluarga) di sebuah PPS di Pasir Puteh.

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang menurun kepada 9.94 meter pada 8 pagi ini berbanding 10.14 meter pada 7 malam tadi. Paras bahaya sembilan meter.

Paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat juga menurun kepada 3.34 meter berbanding 3.41 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.5 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan dan cuaca pagi ini adalah cerah. – BERNAMA

Tags: Kelantanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd