• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindir Pembangkang Gagal Patuhi Perlembagaan Sendiri

oleh
05/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 akan menunjukkan kepada parti-parti serpihan UMNO mengenai kaedah melaksanakan mesyuarat agung mengikut perlembagaan parti yang menepati kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tanpa menyebut parti yang dimaksudkan, beliau berkata terdapat parti serpihan yang ditubuhkan atas dasar ketidakpuasan hati dan kepentingan diri masing-masing sehingga tidak mengikut perlembagaan parti yang dibuat oleh mereka sendiri.

“Saya percaya ramai yang akan hadir untuk melihat bagaimana sebuah parti (UMNO) yang telah ditubuhkan sejak lebih tujuh dekad melaksanakan mesyuarat mengikut perlembagaan dan yang dikehendaki oleh RoS.

“Jadi kita ingin tunjukkan kepada semua untuk mencontohi apa yang UMNO lakukan,” kata Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, selepas melancarkan majlis berkhatan beramai-ramai anjuran kementerian itu, di sini hari ini.

Baru-baru ini, dilaporkan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan masih belum diluluskan RoS antaranya atas faktor kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan perhimpunan agung tahunan sejak parti itu didaftarkan serta permohonan pindaaan perlembagaan PPBM yang belum diluluskan.

Tengku Adnan berkata beliau percaya parti serpihan seperti itu akan menjadi seperti parti serpihan lain sebelum ini yang telah berkubur kerana ditubuhkan atas dasar ketidakpuasan hati dan bukan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa.

Katanya ini berbeza dengan UMNO yang mempunyai landasan dan perancangan tersendiri sejak ia ditubuhkan pada tahun 1946 sehingga kini, antaranya Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Saya percaya parti serpihan ini tidak akan lama seperti cendawan tumbuh sebelum pilihan raya dan akan mati seperti cendawan mati,” katanya.

Ditanya mengenai harapannya terhadap PAU 2017 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada 5 hingga 9 Disember ini, beliau berkata ia diharap dapat menerapkan mentaliti menang dalam semua anggota UMNO memandangkan ini adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kita percaya taklimat dan ucapan dasar presiden akan menjurus kepada PRU14. Jadi saya berharap supaya perbahasan menjurus kepada itu dan tidak menyentuh perkara-perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Mengenai budaya lobi-melobi untuk menjadi calon PRU14, Tengku Adnan berkata UMNO mempunyai kaedah berbeza untuk memilih calon yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya yang dikehendaki oleh parti atau ketua bahagian.

“Kita ada metodologi sendiri di mana kita buat saringan untuk memilih calon,” katanya.

Bagi memastikan semangat semasa PAU dikekalkan selepas perwakilan pulang ke kawasan masing-masing, Tengku Adnan berkata pasukan naziran UMNO akan melaporkan keadaan di setiap bahagian dan cawangan mengenai gerak kerja mereka. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPerhimpunan Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd