• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Leya Tinggalkan Hot FM Demi Rumah Tangga

oleh AK-47
09/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS lapan tahun menggalas tugas sebagai juruhebah di stesen radio Hot FM, akhirnya pelakon Sharifah Aleya nekad menamatkan kontraknya dengan stesen radio popular itu, berkuatkuasa 31 Disember lalu.

Sharifah Aleya atau lebih senang dikenali sebagai Leya memberitahu sebuah akhbar tempatan, dia mengambil keputusan sedemikian demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga.

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti Hot FM selepas berbincang dengan suami dan ahli keluarga lain. Alhamdulillah, suami dan ahli keluarga semuanya menyokong hasrat itu.

“Sebagai wanita yang sudah berkahwin, saya teringin untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan melihat anak membesar depan mata,” katanya yang sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata hasil perkahwinan dengan Mohamed Azam atau Miko Abdullah.

aleya2

Selain cahaya mata yang dijangka lahir sekitar 12 Januari ini, Leya yang merupakan kakak kepada pelakon Sharifah Amani turut memiliki sepasang anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena, 5, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, pemuzik dan komposer Muhammad Ashraf Aasimudin.

aleya1

Walaupun sudah berhenti dari Hot FM, Leya menyatakan dia masih lagi berminat untuk bekerja secara freelance tetapi lebih terarah kepada pengacaraan majlis serta hos televisyen selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd