• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

58 PATI Ditahan Dalam Operasi Di Lahad Datu

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Sebanyak 58 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di perkampungan setinggan Lobang Biawak di pinggiran bandar Lahad Datu hari ini

Operasi itu diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Bahagian Penguat kuasa Pejabat Daerah Lahad Datu.

Komander ESSCom DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata pendatang asing terdiri daripada 42 lelaki dan 16 wanita itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya 196 orang diperiksa dalam operasi bermula 5 pagi itu yang disertai pelbagai agensi negeri dan Persekutuan.

“Kesemua pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk urusan pengusiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut memantau operasi bersepadu itu ialah Pengarah Awam ESSCom Ruji Ubi, Timbalan Komander ESSCom Brig Jen Subari Tomo dan Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali.

Abdul Rashid berkata ini merupakan sebahagian daripada langkah drastik kerajaan untuk membersihkan Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah(ESSZOne) daripada pendatang tanpa izin.

Operasi membanteras secara besar-besaran itu dilancarkan susulan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri baru-baru ini yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=n-EYJqTX0-g

Tags: EsscomPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd