• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,815 Pesalah Dadah Di Sabah Ditahan Hingga Oktober

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis Sabah merekodkan tangkapan 3,815 pesalah menerusi 3,081 kes membekalkan serta memiliki dadah sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah Supt Mohamed Fadzil A Rahman.

Beliau berkata sepanjang tempoh sama pihaknya turut merekodkan rampasan dadah termasuk syabu (66.6 kilogram (kg)), ganja (6.89kg), ketamin (0.15kg), ephederin (0.17kg) dan daun ketum (4.8kg).

“Dadah yang dirampas ini bukan diproses di Sabah tetapi dibawa masuk ke negeri ini dengan pelbagai taktik termasuk melalui perkhidmatan kurier,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pelupusan dadah di sebuah kilang kayu di sini, hari ini.

Katanya hingga kini, pihaknya tidak mengesan sebarang pusat pemprosesan dadah di negeri ini dan berusaha menjalankan penguatkuasaan bagi mengekang gejala penyalahgunaan serta pengedaran dadah daripada berleluasa di negeri ini.

Beliau berkata sejak Januari hingga November ini, seramai 89 individu dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK) dan 194 lagi menerusi Seksyen 39C ADB 1952 di Sabah.

Sementara itu, Mohamed Fadzil berkata sebanyak 18.319 kg pelbagai jenis dadah dengan nilai pasaran RM572,666 dilupuskan menerusi proses pembakaran tertutup menggunakan khidmat syarikat sebuah kilang kayu, di sini.

Pelupusan itu melibatkan kes yang telah selesai dibicarakan sejak 2000 hingga 2016, membabitkan 2914 kertas siasatan di sembilan daerah di negeri ini.

“Antara dadah yang dilupuskan termasuk syabu, ganja, heroin, pil ecstacy, pil psikotik dan ketamin daripada barang kes di Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak, Kinabatangan, Sandakan, Beluran, Kota Kinabalu serta Penampang,” katanya.

Beliau berkata pelupusan itu selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam penyiasatan kes mengikut ADB 1952 supaya pelupusan dilaksanakan selesai perbicaraan dan tamat tempoh rayuan. – BERNAMA

Tags: Penagih Dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd