• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantau Harga Di Kawasan Terjejas Banjir

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KURAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengarahkan pegawai penguat kuasanya serta ‘Friends of KPDNKK’ turun ke kawasan yang dilanda banjir bagi memantau harga barangan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang tidak beretika menaikkan harga barang di kawasan terjejas bencana alam itu.

“Mana-mana kedai yang menaikkan harga, kita akan sebarkan kedai yang tidak beretika itu di media massa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penanaman Pokok Sempena Ulang tahun ke-5 AEON Big di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kenaikan harga barang di kawasan terjejas banjir.

Bersempena program hari ini, lebih 2,000 batang pokok termasuk 300 pokok durian ‘Musang King’, cempedak, nangka, manggis dan jambu di tanam di 49 buah sekolah dan 42 agensi kerajaan di sekitar Parlimen Larut.

Mengenai program hari ini, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata penanaman pokok itu bertujuan memelihara alam sekitar.

“Diharapkan program ini (menanam pokok) dapat menjadi satu budaya kepada generasi muda supaya menjaga alam semula jadi secara bersama bukan setakat hari ini tetapi demi masa depan anak-anak kita,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan AEON Big, Masayoshi Masuda berkata proram tersebut dilaksanakan selaras dengan tanggungjawab sosial korporat syarikat untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan pemuliharaan alam sekitar.

Masuda berkata Yayasan Alam Sekitar AEON telah ditubuhkan pada 1990 dalam usaha membantu memulihara alam sekitar menerusi program menanam pokok di Jepun, China dan negara-negara ASEAN. – BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Seri Hamzah Zainudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd