• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Kurang Tengah Hari Ini

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,300 orang pada 12 tengah hari ini berbanding 14,237 orang pada 8 pagi tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 5,318 keluarga itu ditempatkan di 61 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Pasir Mas masih mencatat jumlah tertinggi apabila 9,622 mangsa daripada 4,102 keluarga yang masih ditempatkan di 39 PPS, diikuti Tumpat dengan 2,447 mangsa daripada 855 keluarga yang dipindahkan ke enam PPS.

Di Pasir Puteh, 828 mangsa daripada 247 keluarga ditempatkan di lapan PPS, 200 mangsa daripada 61 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Kota Bharu, 109 mangsa daripada 31 keluarga di tiga PPS di Tanah Merah dan 94 mangsa daripada 22 keluarga di dua PPS di Gua Musang.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dilaporkan menurun kepada 10.26 meter pada 12 tengah hari ini berbanding 10.29 meter pada 8 pagi tadi. Paras bahaya sembilan meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.70 meter berbanding 3.71 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat tengah hari ini manakala hujan kadangkala lebat dilaporkan berlaku di beberapa tempat. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd