• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pandang Ringan Peruntukan Hak Asasi Agama

oleh AK-47
01/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengingatkan masyarakat pelbagai kaum di negeri itu agar tidak mengambil mudah peruntukan berhubung hak asasi setiap agama demi memastikan perpaduan yang berterusan dalam kalangan rakyat majmuk.

Katanya peruntukan itu menjadi panduan dan rujukan semua bangsa dan agama di negara ini yang mewujudkan tali perpaduan.

Justeru katanya, rakyat perlu menolak sebarang ekstremisme agama dan asabiah perkauman yang merupakan penyakit paling utama dalam perpecahan dan pergolakan rakyat.

Perbezaan kaum, agama dan kepercayaan tidak seharusnya menjadi penyebab berlaku perpecahan dan perbalahan, namun perbezaan ini merupakan satu sifat semula jadi manusia yang harus dihargai dan saling dihormati, katanya pada sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak, di Dataran Perayaan Petra Jaya, di sini.

Sambutan turut dihadiri pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Bujang Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata menerusi perbezaan itu wujud semangat ingin berkenalan atau bertaaruf dan nilai itu menjadi agenda utama masyarakat bagi melahirkan satu keadaan yang kondusif dan harmoni.

Katanya kestabilan yang wujud dalam sesebuah negara amat bergantung kepada keamanan, perpaduan dan keharmonian yang terjalin.

Tema sambutan ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’ dengan jelas memperlihat peri pentingnya umat bersatu dalam apa sahaja keadaan bagi mencapai matlamat bersama, iaitu kesejahteraan negara, katanya.

Sambutan itu disertai 5,279 umat Islam yang merangkumi 128 kontinjen pelbagai jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan agama Islam, masjid, surau dan pasukan beruniform. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

Berlaku Gelombang Sokongan Kepada BN Rentas Semua Kaum Dan Umur – Rafizi

Berlaku Gelombang Sokongan Kepada BN Rentas Semua Kaum Dan Umur – Rafizi

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan berlaku peralihan sokongan pengundi yang ketara kepada Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd