• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Berkahwin, ‘Bakal’ Erry Putra Cikgu Pelatih?

oleh
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNYI tanpa publisiti, dalam diam rupa-rupanya pelakon, Erry putra mengakui sudah memiliki kekasih hati dan wanita tersebut merupakan seorang guru pelatih.

Pemilik nama sebenar Mohd Razlan Hamzah @ Ahmad mendedahkan bahawa pertemuan kali pertama dengan kekasihnya itu adalah ketika membuat persembahan di sekolah wanita berkenaan.

Menurut Erry, wanita tersebut berasal daripada Perak dan mereka saling kenal satu sama lain semenjak dua tahun lalu.

“Saya sudah ada kekasih dan dia berasal dari Perak. Dia hanya orang biasa bukan bekerja dalam industri.

“Seorang cikgu pelatih di sebuah sekolah. Saya jumpa dia pun ketika membuat persembahan di sekolahnya,” katanya memetik mStar Online.

Tambahnya lagi, dia sudah bersedia dan mempunyai perancangan untuk berkahwin namun masih menunggu wanita tersebut untuk menamatkan pembelajaran dahulu.

“Saya dah bersedia untuk berkahwin tapi dia belum lagi. Perancangan kahwin itu ada tapi mungkin dalam setahun atau dua tahun lagi.

“Dia masih dalam latihan sebagai cikgu dan saya masih menunggu dia,” tambahnya.

Dalam pada itu, Erry sempat berkongsi kisah duka di mana sebelum ini dia pernah hampir mengikat tali pertunangan dengan bekas kekasih namun jodoh tidak berpanjangan.

“Saya pernah hampir nak bertunang dengan bekas kekasih. Tapi tak jadi. Mungkin tidak ada jodoh antara kami,” kongsinya.

Sementara itu disoal mengenai perkembangan terbaru, Erry memberitahu dia telah memilih adik sendiri iaitu Syafiq Putra untuk bersama bergandingan dalam lagu terbarunya.

Pelakon bertubuh sasa ini memilih adiknya kerana dia mahu memperkenalkan jejaka berkenaan kepada industri muzik hiburan memandangkan mereka sering membuat persembahan bersama.

“Saya saja pilih adik sendiri bergandingan dalam lagu terbaru ini. Sebab kami selalu sangat membuat persembahan bersama.

“Alang-alang tu juga, saya nak memperkenalkan bakat nyanyian Syafiq dalam dunia muzik tanah air,” kata Erry.

Lagu terbaru Erry mendapat sentuhan sepenuhnya daripada Jonathan Tse dari syarikat rakaman, Macam Macam Music. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: erry putra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Baju Ibu Menyusu, Erry Berterima Kasih Pada Netizen

27/05/2018
0

GARA-GARA baju Melayu keluarannya kelihatan seperti busana ibu menyusukan anak, pelakon Erry Putra berterima kasih kepada seorang wanita yang telah...

Hubungan Tak Dapat Restu, Fara-Erry Putus Tengah Jalan

22/05/2018
0

KATA orang kalau tak ada restu keluarga, macam mana nak bahagia rumah tangga? Lebih-lebih lagi jika keluarga kedua-dua belah pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd