• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanam Cili Di Tanah Rizab Sungai Untuk Tambah Pendapatan

oleh AK-47
01/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Biarpun tidak mempunyai kawasan kebun sendiri untuk bertani, seorang pemuda tekad mengusahakan tanaman cili walau hanya di tanah rizab sungai.

Mazlan Ahmad, 40, dari Kampung Sena, Arau dekat sini berkata, beliau memilih untuk mengusahakan tanaman cili besar memandangkan permintaannya yang tinggi di pasaran, di samping mempunyai harga yang agak mahal.

“Saya dapat ilham bila nampak tanah kosong di tepi sungai (rizab sungai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda [MADA]) dan terfikir untuk mengusahakannya kerana saya tidak kerja makan gaji tetap.

“Dengan bantuan Pemuda UMNO, saya mohon kepada MADA untuk usahakan tanaman cili di sepanjang rizab sungai dan bersyukur kerana dengan bantuan Pemuda, MADA luluskan permohonan saya,” katanya kepada Bernama.

Mazlan berkata dengan panduan dan sokongan daripada pergerakan itu, beliau mampu menuai hasil pertama cili tanamannya baru-baru ini dan sangat berpuas hati dengan apa yang diperolehnya.

“Saya dapat lebih 30 kilogram cili besar dan berhasrat untuk teruskan tanaman ini bagi menambah pendapatan,” katanya sambil menambah harga borong sekilogram cili besar adalah antara RM6 hingga RM8 mengikut permintaan pasaran.

Mazlan berkata mengusahakan tanaman cili juga tidak terlalu sukar dan hasilnya dapat dituai dalam tempoh singkat iaitu lebih kurang tiga bulan.

Dalam pada itu Mazlan memberitahu beliau kini dalam peringkat akhir menyiapkan kertas kerja untuk mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.

“Saya melihat bidang ternakan juga mampu beri pendapatan lumayan jika kena cara dan mengikut sistem yang betul, jadi saya cabar diri untuk melakukan projek ini.

“Setelah berjaya mengusahakan tanaman cili dengan bantuan Pemuda, saya berhasrat untuk mendapatkan bantuan pergerakan itu untuk menyokong projek lembu fidlot ini pula,” katanya.

Mazlan berkata selain menceburkan diri dalam bidang pertanian, beliau juga mengusahakan perniagaan dodol yang disiapkan mengikut tempahan.

Beliau berkata bagi perusahaan dodolnya, beliau mendapat sokongan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dalam bentuk bantuan mesin membuat dodol.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar berkata pihaknya merangka pelbagai program usahawan dan sedia membantu golongan muda untuk memulakan sesuatu perusahaan.

Beliau berkata syarat untuk menyertai setiap program usahawan itu sangat mudah iaitu terbuka kepada semua golongan belia dan hanya perlu mendaftar sebagai pengundi.

“Mereka yang berminat boleh hubungi penyelaras Pemuda UMNO di peringkat bahagian dan kami akan cuba bantu mereka mengikut bidang yang mereka minati,” katanya. – BERNAMA

Tags: cili
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permit Import Cili Vietnam Digantung Serta Merta

14/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertanian memutuskan untuk menggantung sementara pengeluaran semua permit import (IP) bagi cili dari Vietnam berkuatkuasa serta...

Kerajaan Akan Siasat Laporan Lambakan Cili Import Di Pasaran

08/09/2018
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu golongan pengusaha cili tempatan untuk menghantar petisyen kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd